Tuesday, August 31, 2010

Ibuku

Ibu…
Kehadiranmu menjadi kekuatan dalam sanubariku,
Sinar matamu bak cahaya menerangi jiwaku,
Senyuman di bibirmu menjadi nadi dalam jasadku,
dan nafasmu adalah nyawa kehidupanku..

ibu, kau…..
Tersenyum melihat kejayaan anakmu,
Gembira melihat kebahagiaan anakmu,
Menangis melihat penderitaan anakmu,
Tersungkur melihat kegagalan anakmu,
Sungguhnya kasihmu wahai ibuku….

Sungguh…
Tidak ternilai dirimu wahai ibu,
Pengorbananmu tiada taranya,
Penderitaanmu tidak terbilang,
Perjuanganmu tidak terbalas….

Demimu wahai ibuku…
Ku kuatkan diri,
Berlari mengejar kajayaan disini,
Sungguhpun jauh meninggalkanmu,
Namun, jauh disudut hati,
sentiasa ingin bersamamu…..

ibu….
Dari jauh ku kirimkankan sekudus doa….
Dengan sekudrat jiwa ku memohon kepadamu ya Allah,
Ampunilah dosa-dosa ibuku,
Berkatilah kehidupannya di dunia dan akhirat,
Kerana sesungguhnya dialah insan yang paling kusayangi.

Hasil nurkilan : junita binti jamaluddin
Pbmp, sem 2 (2009-2010)
UPM,